Thursday, January 7, 2010

Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2010

Satu pasukan khas telah kembali ditubuhkan di bawah unit ko-kurikulum iaitu olimpiad matematik kebangsaan. Seperti biasa terdapat 3 kategori pertandingan ini iaitu kategori bongsu ( form 1 dan form 2), kategori muda (form 3 dan form 4) dan kategori sulong (form 5 dan form 6).


Satu perjumpaan dengan pelajar-pelajar yang berminat memasuki latihan intensif pertandingan ini akan diadakan tidak lama lagi. Sili rujuk papan kenyataan luar jabatan untuk maklumat lanjut perjumpaan.


Pastikan anda mempunyai semangat juang yang tinggi dan tidak mudah mengalah sebelum anda mendaftarkan diri anda...

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2010!!!

Jabatan Teknikal , SMESH ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar - pelajar tingkatan 2,3,4 dan 5 tahun 2010. Kami guru-guru jabatan ini amat berharap agar anda semua dapat memajukan diri dan menjulang diri dan sekolah ke arah kecemerlangan bagi tahun 2010.

Jabatan Teknikal juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan pelajar-pelajar PMR 2009 yang berjaya mencipta rekod dengan memperoleh 62 orang straight a's didalam pmr baru-baru ni.. Yang terbaik dari segi bilangan straight a's selepas 25 tahun SMESH dibuka. Tahniah!!!