Friday, November 20, 2009

UJIAN PENEMPATAN KELAS 2010

Satu ujian penempatan kelas bagi tingkatan 3 dan tingkatan 5 bagi tahun 2010 akan diadakan pada minggu pertama sekolah dibuka pada januari 2010.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar terlibat adalah diharapkan agar bersedia untuk menduduki peperiksaan tersebut mengikut subjek berikut:-

Tingkatan 5 tahun 2010:

a) Fizik
b) Biologi
c) Kimia
d) Matematik Tambahan

Tingkatan 3 tahun 2010:

a) Sains
b) Matematik

Keputusan peperiksaan bagi subjek ini akan digunakan untuk menentukan kedudukan kelas anda pada tahun 2010.

HARAP MAKLUM

Monday, November 2, 2009

PERTANDINGAN MEMASAK SMESH

Satu pertandingan memasak anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling, Jabatan Teknikal dan Ajinomoto telah diadakan pada 2/11/2009 (Isnin) bermula jam 9.15 pagi dan berakhir jam 1 petang.

Pertandingan diadakan sempena program selepas PMR SMESH. Pertandingan disertai oleh wakil-wakil kelas tingkatan 3, guru dan AKS. Ianya diadili oleh Pengetua sendiri iaitu Tn. Hj. Zaini bin Zair, Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Pn. Hjh. Rabitah bte Abd. Manaf, Ketua Jabatan Teknikal iaitu Pn. Somphon Sararaks, dan wakil dari Ajinomoto.

Keputusannya ialah tempat pertama dimenangi oleh wakil guru Pn. Normah Ishak, Cik Rusila Hussain dan Cik Kawazila.



Peserta bergambar dengan Pengetua dan Wakil Ajinomoto




Antara peserta perempuan

Antara peserta lelaki

Sunday, November 1, 2009

ANNUAL DINNER SMESH 2009

Malam tadi (31/10/2009) Sabtu telah diadakan annual dinner smesh yang dihadiri oleh hampir semua guru dan aks smesh. Semua guru jabatan teknikal juga telah hadir termasuk guru baru jabatan teknikal iaitu cikgu naim. Annual dinner kali ini diadakan di Hyatt Hotel.

Antara aktiviti yang diadakan ialah lucky chair, lucky number, kuiz, susun gambar dan karaoke. Hampir semua guru jabatan teknikal menerima hadiah cabutan bertuah. Tahniah!

Cikgu Juslan seperti biasa menghiburkan dengan tariannya dan ada yang berkaraoke buat pertama kali.

Apapun hadiah best dress jatuh ketangan sensei mina dan cikgu dzul manakala hadiah utama cabutan bertuah iaitu tiket penerbangan kk - kl dimenangi oleh cikgu noraishah. Tahniah kepada semua hadirin dan extec kerana berjaya mengendalikan majlis tersebut.

Friday, October 30, 2009

KURSUS PERANCANGAN STRATEGIK SMESH

Pada malam ini, 30 Oktober 2009 (Jumaat) jam 7.00 malam akan bermula kursus perancangan strategik 2010 bagi Sek. Men. Sains Sabah. Guru-guru akan berkampung di Hotel Imperial, Kota Kinabalu dari malam ini hingga esok petang.


Kepada guru-guru Jabatan Teknikal jangan lupa datang awal. Bawa bersama laptop, perancangan strategik 2009, takwim 2010 dan jangan lupa juga pakai blazzer.


SELAMAT BERKURSUS..

SELAMAT DATANG GURU BARU JABATAN TEKNIKAL !!!

Selamat datang diucapkan kepada Cikgu Nurul Naim yang baru melapor diri di SMESH pada 28 Oktober 2009 (Rabu) dan telah melapor diri secara rasmi di Jabatan Teknikal SMESH pada hari ini 29 Oktober 2009 (Khamis). Cikgu Naim ini berasal dari Alor Setar, Kedah dan adalah lulusan USM, Pulau Pinang. Major dalam Matematik dan minor dalam Fizik.


Semoga kehadiran Cikgu Naim dalam keluarga SMESH amnya dan jabatan teknikal khususnya akan memberi sesuatu yang baru dan segar. Diharapkan juga agar beliau dapat segera menyesuaikan diri di Sabah. Selamat bertugas Cikgu Naim.

SELAMAT DATANG !!!!

Selamat datang ke blog rasmi Jabatan Teknikal Sek. Men. Sains Sabah. Blog ini dilancarkan pada 29 Oktober 2009 (Khamis) pada jam 10.00 pagi.


Blog ini akan digunakan untuk memudahkan semua pelajar, guru dan sesiapa saja untuk mengetahui perkembangan terkini jabatan ini agar segala info terkini jabatan ini dapat disebarkan dengan cepat dan berkesan. Blog ini juga akan memudahkan guru-guru memuat naik segala nota dan latihan kepada pelajar dan pelajar akan dapat memuat turun nota-nota dan latihan ini dimana-mana saja.


Segala komen dan cadangan bolehlah diemailkan kepada: jteksmesh@yahoo.com.